Isnin, 19 Oktober 2009

5 Sifat Wanita Paling Dibenci Lelaki


Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.


1. Tidak Puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.


2. Mata Duitan

Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.


3. Suka Mengatur

Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan. Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.


4. Cemburu Buta

Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.


5. Emosional

Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Accident di Highway Muara to Tutong


ane gnya sampat ku gmbr last Tuesday lapas ujan labat kn balik kaja,pikir th apa jem tym atu eh,bek jua urang nya ok,jst cedera ringan

7 Alasan Si Tampan Masih Single


Kalau diperhatikan daripada segi penampilan dan paras wajah, pasti semua wanita menyangka si dia sudah berpunya. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana pada zaman ini terdapat ramai lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak bergaya tetapi masih single.Ramai wanita yang tertanya-tanya mengapa golongan sebegini selesa menjalani kehidupan solo tanpa seorang insan bernama kekasih di sisi.

Mungkinkah mereka ini lelaki normal atau sebaliknya?Untuk melunaskan segala pertanyaan tersebut, kini didedahkan tujuh alasan mengapa lelaki kacak masih single walaupun kehidupan yang mereka lalui serba sempurna.


1. Jual mahal

Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.


2. Persepsi sukar didekati

Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.


3. ‘Maintenance’ tinggi

Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.


4. Serik dikecewakan

Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih. Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.


5. Terlalu memilih

Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.


6. Terlalu banyak pilihan

Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.


7. Berkerjaya

Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.

betul-betul or tipu ner??


werewolf


vampire


mermaid


mammoth


giant


giant 2


giant 3


giant 4


draco


devil

cyclops
angel
alien

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA


Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia? ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...
Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar
(rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.27 SEPTEMBER 2007

Jumaat, 2 Oktober 2009

Sholat Subuh di Masjid



Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid . Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

PERISTIWA MALANG



Imam melintasi tiong dalam sangkar

Burung Tiong: Ka masjid kita Pa Imam?
Imam: Au Tiong
Burung Tiong: Merah jua seluar dalam kita
Imam: camana kau tau?
Burung Tiung: ada lee
Imam: (diam dan segera beredar)

Esok.........Imam melintas lagi di depan tiong

Burung Tiong: Ka masjid kita Pa Imam?
Imam: Au Tiong
Burung Tiung: kuning tia seluar dalam kita
Imam: camana kau tau?
Burung Tiung: ada lee
Imam: (diam dan segera beredar dengan perasaan geram)

keesokannya Imam melintas lagi.....

Burung Tiong: gagas jua kita Pa Imam?
Imam: apa kau paduli
Burung Tiong: atu pun marah...nda penyabar jua kita ani Imam saja
Imam: diam kau
Tiong: kah! kah! kah! nda pakai seluar dalamkah? style baru ni
Imam: ( dalam keadaan marah Imam terus mencukur Tiong sampai habis bulunya)

Keesokannya Imam melintas di situ lagi seperti biasa

Burung Tiong: pssttt! pssst!
Imam: (imam menoleh) apa lagi?...
Burung Tiong: kah! kah! kah! nda pemalu kita ah meliat burung telanjang !karang pitutan

Masa