Ahad, 29 November 2009

10 Cara Romantik Mohon Maaf


Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.
Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.
Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.
Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.
1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

Adakah Isteri Berhak Semak SMS/Emel Suami?


Tak mungkin lesap daripada seorang isteri perasaan curiga terhadap suaminya. Kerana itu, dan atas alasan ingin melindungi keutuhan rumahtangga, ada segolongan kaum isteri yang tidak teragak-agak menyemak SMS dan emel suami tanpa pengetahuan mereka.
Persoalannya di sini, apakah perbuatan si isteri itu salah?
Mengikut etika, perbuatan mencuri baca emel/SMS tanpa izin sama seperti membuka surat yang dialamatkan kepada suami. Perbuatan itu melanggar hak persendirian. Kesalahan itu, bagaimanapun, menjadi tidak relevan apabila syak wasangka isteri terbukti benar.
Tetapi, apa pula yang terjadi jika tiada bukti yang diperolehi sebaliknya perbuatan isteri itu diketahui suami? Kepercayaan di antara suami isteri antara tonggak asas sebuah perkahwinan. Apabila kepercayaan itu dikhianati, bagaimanakah pasangan tersebut dapat terus berfungsi sebagai suami isteri?
Kecurangan suami dan tindakan isteri melanggar hak persendirian suami adalah dua perkara berbeza dan kedua-duanya pun salah, tak kira apa alasan yang diberikan kaum isteri kerana bertindak demikian.
Jadi, bagaimana lagi untuk memantau gerakan suami? Sulit juga menjawabnya.
Apa yang perlu adalah komunikasi yang telus. Jika si isteri mempunyai syak wasangka, dia harus berterus-terang lontarkan kerisauannya. Tanyakan dengan baik, baca gerak-gerinya dan akhir sekali, pinta izin melihat SMS atau emel bagi membuktikan sepenuhnya yang si suami tiada terlibat dalam aktiviti curang.
Secara rasionalnya, jika si suami tidak bersalah dia akan memberikan izinnya. Tetapi jika dia enggan, besar kemungkinan ada benarnya apa yang disyaki isteri itu.

Ahad, 22 November 2009

Rock Lama-lama 2


antara kumpulan2 yang terhebat,ALI yang pernah menyertai TERRAROSSA,XPDC dan sekarang EMPIRE,almarhum ALONG pula terkenal dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dari Kumpulan SPOON,dan penyanyi hebat Kumpulan SPRING iaitu AMENG

Lagu-lagu lama

ELLA


Lagu-lagu ELLA
1.Sepi Sekuntum Mawar Merah
2.Dua Insan Bercinta
3.Retak
4.Ulek Mayang
5.Rama-Rama

10 TANDA KEKASIH CEMBURU BUTA


Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan cinta. Jika langsung tiada cemburu, pasti hubungan yang terjalin terasa hambar, tidak mencabar dan tidak berseri.


Namun jika cemburu keterlaluan, hubungan yang terbina pula pastinya penuh dengan tekanan dan ketidakselesaan. Sebaiknya di dalam hubungan cinta, kamu dan pasangan perlu bijak menangani perasaan cemburu masing-masing.


Jangan sampai dilabel sebagai kekasih yang terlalu cemburu buta oleh si dia. Lebih teruk jika rakan-rakan si dia juga tidak menyukai dengan sikapmu itu dan menjauhkan diri apabila kamu berada di samping mereka.


Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai 10 tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah keksih yang prihatin, memahami dan bertolak ansur.


1. Emosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


2. Suka menuduh

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.


3. Mencari kesalahan

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.


4. Ugut bunuh diri

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.


5. Selalu mahu 'berkepit'Setiap masa,

si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.


6. Anti sosial

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.


7. Jadi polis

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.


8. Prasangka negatif

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.


9. Takut dipermainkan

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.


10. Anti bunyi telefon

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

USIR 5 RACUN CINTA


Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.
Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.
Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun-racun yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta.
Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri anda sendiri.Mungkin kamu tidak tahu akan racun yang dimaksudkan.
Oleh itu, ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri anda itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.
Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda makan di restoran makanan segera kegemarannya, anda sentiasa mengikut tanpa sebarang bantahan. Kemudian apabila si dia bertanya tentang makanan yang dihidangkan, anda menyatakan makanan di situ sangat sedap dan kena dengan selera anda. Hakikatnya di dalam hati, anda merungut kerana tidak berselera menjamu selera di situ dan berharap itulah kali terkahir anda menjamu selera di restoran tersebut
Penawar: Jujur
Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Tidak perlu takut untuk mengatakan perkara sebenar kerana kejujuran yang anda nyatakan lebih bermakna kepada si dia daripada menjamu selera di restoran tersebut.
Racun 2: Egois
Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.
Penawar: Memahami
Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.
Racun 3: Curiga
Seorang wanita menelefon teman lelaki anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.Sedangkan wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.
Penawar: Percaya
Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.
Racun 4: Posesif
Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.
Penawar: Beri ruang 'privacy'
Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.
Racun 5: Main-main mata
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki yang kacak dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata dengan lelaki lain ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin.Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki anda.
Penawar: Setia
Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah wanita lain walaupun wanita tersebut jauh lebih cantik dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki lain.

SENARIO THE MOVIE episod 2: Beach Boys (2009)

-Dalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Ariba Ariba Resort sebagai destinasi pilihan. Melalui gambar dan info-info yang diberi, Ariba Ariba Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.[1] Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri. Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Ariba Ariba Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal disitu selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun giat memulakan operasi untuk memajukan resort tersebut sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu. Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar dari resort itu, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya semula memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah di dalam satu lokap bersama Remy dahulu kerana cubaannya menipu seorang datin. Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah. Apakah Qasidah dapat diselamatkan? Bagaimanakah mereka mengharungi kesukaran demi kesukaran untuk menyelamatkan Qasidah? Saksikan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys untuk mengetahui kesudahannya.

bru td ku mliat sma darlengku adibah..kesinambungan dari ceta senario episod 1,so far this movie so good,byk comedi n excited to watched la,


ratings: 7/10

PISAU CUKUR (2009)


-Filem ini mengisahkan dua sahabat karib, Intan Mastura (Fazura), seorang pengacara TV dan Bella (Maya Karin) yang bercita-cita mengahwini jutawan. Mereka bercuti di atas kapal percutian mewah bertujuan untuk memburu lelaki kaya untuk dijadikan suami.

Segala kisah terjadi di atas kapal tersebut di mana mereka bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan peminat setia Bella.


antara babak2 nya



aku liat ceta ni last 4th november ah..ane bru th ku tpost ah,sal damam wh kn 3minggu ah..anyway ceta ne siuk la byk komedi in it,suspen and gold digger girls hehehe,so fun to watch nda rugi,


ratings:8.5/10

Khamis, 5 November 2009

NINJA



Ninja (2009)

-A westerner named Casey, studying Ninjutsu in Japan, is asked by the Sensei to return to New York to protect the legendary Yoroi Bitsu, an armored chest that contains the weapons of the last Koga Ninja


Bru td tghri mliat di cineplex mall with darlengku adibah,pikir th ceta ninja assasin yg kmi liat ne,rupanya yg len g ihihi,mau nd amau paksa jua mliat,btw it a good action fighting movie,full of action,fighting and bit excited eheh


so rating: 7.5/10

10 Sebab Lelaki Mahu Bergelar Suami


Kita seringkali mendengar kenyataan bahawa lelaki tidak sukakan komitmen yang terlalu serius dalam sesuatu hubungan. Apatah lagi jika hubungan yang terjalin masih terlalu baru dan usia mereka juga masih muda.Namun ada beberapa sebab mengapa tiba-tiba lelaki yang sebelum ini selesa bergelar solo mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.Memang ramai kawan-kawan yang terkejut dengan keputusan yang diambilnya, tetapi dia seolah-olah nekad dan tidak mahu berundur ke belakang lagi. Ketahui 10 sebab mengapa golongan lelaki mengambil keputusan begitu.

1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa di sisi. Jadi apabila sudah menemui seorang wanita yang dirasakan cukup serasi, lebih baik dia mengikatnya dengan tali perkahwinan. Bak kata orang, biarpun telah punya kerja dan harta yang melimpah ruah, namun jika tiada seorang isteri, kehidupan tetap akan terasa kurang serinya.

2. Ingin diurus
Ini satu lagi sebab mengapa lelaki mahu beristeri. Mereka mahu seseorang menguruskan mereka. Jika semasa kecil ibu yang banyak menghabiskan masa melayan karenah mereka, kini sudah tiba masanya mereka mencari seorang isteri yang mampu memenuhi keperluan mereka. Mereka akan berasa bahagia jika ada orang yang menyiapkan makan minum dan pakaian mereka setiap hari.

3. Bosan
Bagi golongan lelaki yang telah mempunyai segala-galanya dalam hidup mereka, berkahwin merupakan cara terbaik untuk mereka menghilangkan kebosanan. Apabila sudah berkahwin, mereka akan mulakan kehidupan baru dan biasanya kehidupan berumahtangga lebih berwarna-warni jika dibandingkan dengan kehidupan bujang.

4. Amat mencintai
Alasan ini memang selalu digunakan oleh lelaki untuk berkahwin. Selalunya mereka yang menggunakan alasan sebegini memang sudah tidak boleh ditegah kerana kehidupan mereka hanya boleh diteruskan dengan insan yang dicintai di sisi. Lebih romantik dirasakan apabila si pasangan juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa si lelaki bersama.

5. Sudah bersedia
Selalunya lelaki yang mahu berkahwin sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh ke alam baru. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, tapi apabila dia sudah menyatakan hasratnya, itu bermakna dia memang telah benar-benar bersedia.Maklumlah zaman sekarang rasa cinta semata-mata tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Rasa cinta perlu dilengkapi juga dengan wang ringgit dan rumah yang selesa untuk didiami. Barulah keluarga bahagia dapat dibina.

6. Inginkan keturunan
Lelaki sangat sensitif apabila bercerita tentang keturunan. Jadi, satu-satunya cara untuk menunjukkan kejantanan mereka adalah dengan berkahwin. Malah ada juga yang beranggapan, mereka bukan lelaki sejati selagi tidak mempunyai anak.

7. Penat bercinta
Lelaki yang pernah mengalami putus cinta selalu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin. Selain tidak mahu berasa kecewa sekali lagi, mereka juga berfikir bercinta hanya menghabiskan duit dan membuang masa. Jadi lebih baik berkahwin kerana selain dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, masa dan wang ringgit juga dapat dijimatkan.

8. Desakan keluarga
Alasan sebegini selalunya diberikan oleh anak sulung lelaki. Walaupun mereka belum bersedia tetapi mereka terpaksa berkahwin atas desakan keluarga yang mahu melihat dia berumahtangga dan ada orang yang akan menguruskannya. Lebih parah jika kedua ibu bapa lelaki tersebut mempunyai penyakit kronik sehingga selalu keluar masuk ke hospital.Lelaki sebegini biasanya lebih mementingkan keluarga berbanding kemahuan dirinya sendiri. Walaupun ramai yang ragu-ragu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi dengan perkahwinan sebegini, tetapi jika lelaki tersebut berkahwin dengan wanita yang bijak mengambil hatinya, sudah pasti hubungan yang terjalin akan kekal selamanya.
9. 'Biological clock'
Lelaki juga mempunyai 'biological clock' mereka sendiri. Cuma masanya berbeza dengan wanita kerana fokus utama mereka biasanya pekerjaan dan mengumpul harta sebanyak mungkin terlebih dahulu. Walaupun lelaki tidak ada hambatan biologikal seperti wanita yang sukar mendapatkan anak jika berumur lebih 30 tahun, namun lelaki yang sudah berumur tetap risau jika tidak berkahwin sedangkan umur semakin meningkat. Untuk mengatasi rasa bimbang tersebut, lelaki akan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

10. Tiba masanya
Kepada wanita, jangan risau jika teman lelaki anda tidak mahu memberikan komitmen buat masa ini. Ini kerana apabila sudah tiba masanya dia pasti akan mencari anda dan menyatakan hasratnya untuk hidup bersama anda. Oleh itu, jangan terlalu memaksa kerana itu hanya akan membuatkan dia semakin bosan dengan anda.

subjek : Temuduga Pasti Dapat.... yesssss!!!!


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini..

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat..

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Masa